Thursday, January 26, 2012

Kelas Jahitan Baju Kurung Secara Bergerak 2010

Salam...
Untuk pengetahuan rakan-rakan semua, bagi tahun 2010 ni saya ada mengadakan kelas jahitan secara bergerak (iaitu datang dari rumah ke rumah di kawasan tertentu sahaja di sekitar Putrajaya/Bangi/ Kajang dan Serdang sahaja). Ini adalah satu kemudahan kepada student yang tiada transport utk menghadiri kelas.

Antara baju kurung yg diajar:-
a) Baju Kurung tradisional
b) Baju Kurung Pahang / Riau / Pesak Gantung

Yuran : serendah RM250.00/pasang (depend pada kawasan)
Deposit: Perlu dibayar RM50 sblm kelas bermula ke acc maybank: 112269094030 Rozaita Atan)
Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya pembatalan dibuat disaat akhir.

Tarikh : Weekday sahaja selama 1-2 hari (kelas dibuat Selasa-Khamis)
(perlu book 1 minggu sebelum kelas bermula)

Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Di rumah masing2 atau tempat yg telah ditentukan oleh anda sendiri.

Peralatan yg anda perlu sediakan: Kain cotton 4 meter, gunting, pembaris, kapur, benang, jarum jahit tgn, jarum peniti, tali inci, kertas minyak.

Peralatan lain : sy akan sediakan.

Bilangan pelajar: maksima 2 orang shj dlm 1 kelas supaya senang utk fokus masa kelas diadakan. Kepada yang tiada mesin jahit, 1 unit shj disediakan. Kalau ada mesin jahit sendiri, itu lagi bagus.

Jadual kelas:
Bulan April 2010:-
1. K. nasha2u , Kajang (20hb)

Bulan Jun 2010:-
1. K.Rozi (kajang) - 3 jun 2010
2. Yazmien2 (Rawang) - 30 Jun 2010

Bulan Julai 2010:-
1. Fazilah (Kelana Jaya) - 27hb
2. Ina (Ulu Klang) - 29hb

Bulan Oktober 2010:-

1. Haslina, Bndr Baru Bangi (7hb) - deposit dh byr pd 3/10/2010
2. Liza, Desa Sri Hartamas (13hb) - deposit dh byr pd 24/9/2010
3. Sal, Putra Perdana (27hb) - deposit dh byr pd 6/10/2010
4. Farah, UPM Serdang (28hb) - deposit dh byr pd 20/10/2010

Bulan November 2010:-
1. Iman & Aqidah, Putrajaya (3hb) - deposit dh byr pada 11/10/2010
2. Fir & Nur, Bndr Baru Bangi (11hb) - deposit dh byr pada 7/10/2010
3. Aja, Danao Kota (24hb) - deposit dh byr pada 5/10/2010
4.

Bulan Disember 2010:-
1. Suryani, Kajang (20hb) - deposit dh byr pada 13/12/2010
2. Nurkamizatun , Presint 11 Putrajaya (29hb) - deposit dh byr pada 3/12/2010
2. Iezhan , Salak Tinggi (30hb) - deposit dh byr pada 29/11/2010
4. Arbi, Bangi (31hb) - byrn penuh semasa kelas


Sesiapa yang berminat, sila hubungi :

Beela : 012-6085887
email : rozaita75@yahoo.com

**************************************************
Antara student yang telah mengikuti kelas dengan jayanya bagi tahun 2010.

Tarikh : 20 April 2010
Nama : K. Nasha2u
Lokasi : Kajang
Jenis: Baju kurung traditional + kain susun
 


Tarikh: 30 Jun 2010
Lokasi : Rawang
Nama student: Yasmien2
Jenis: Baju kurung traditional + kain susun







27hb Julai - di rumah K.Fazilah (Kelana Jaya). Beliau berjaya menyiapkan 1 psg baju kurung traditional selama 1 hari kelas dibuat. Betapa seronoknya K.fazilah kerana dpt hasilkan baju sendiri dgn beberapa tip2 baru yg dipelajari sepanjang kelas dibuat. K.Fazilah berjaya menyiapkan baju kurung traditional.


28hb Julai - kelas di buat di rumah K.Ina (Gombak). Bila sampai di sana sambil bersembang2 rupa-rupanya K.Ina ni adalah kawan kpd kwn saya masa zaman bujang dulu. X sangka berjumpa lagi. Saya pun ingat2 lupa maklumlah dh hampir 13 tahun gaklah x berjumpa.
K.Ina berjaya menyiapkan baju kurung pesak gantung + kain kipas.





Tarikh: 7 Oktober 2010
Di antara gambar2 yg telah diambil sepanjang kelas jahitan di rumah K.Haslina di Bangi pada 7hb. Oktober 2010.



 

Tempat : Putra Height, Bangi.
Nama student: Fir dan Nur
Tarikh: 11 November 2010
Hubungan : Adik-beradik
Masing2 berjaya menyiapkan 1 psg baju tapi x sempat nk menggayakan baju tersebut.
Diharap nur dan fir berpuashati sepanjang sesi kelas yg telah diadakan.



kelas pada 25hb Nov 2010 di Putrajaya (Presint 11).
Iman dan Aqilah merupakan kawan sekerja.



Jeng...Jeng....Ni hasilnya, dh siap setiap seorang sepasang baju.


Tarikh kelas: 20-Dis-10

Lokasi : kajang

Suhaila dari Kajang berjaya menyiapkan baju sekolah utk dipakai tahun 2011. Beliau merupakan student yg paling muda bg tahun ini.



Tarikh Kelas: 30-Dis-2010
Lokasi : Salak Tinggi
Gambar sepjg sesi kelas: Iezhan talah mempunyai asas jahitan, belajar daripada kwn2 dan saudara-mara tetapi kali ni beliau rasa konfiden lagi sbb ada cikgu yg boleh ajar teknik-teknik yg betul daripada bab ambik ukuran sehingga siap sepasang baju kurung. gambar akan diupload nnt ye.








5 comments:

  1. Akak,klu area jasin,melaka,boleh?bpe plak byrn...n kelas shari je ke?

    ReplyDelete
  2. melaka jauh sgt.....wat masa ni kelas area selangor dan KL atau yg berdekatan....kelas yg akak anjurkan sehari je.

    ReplyDelete
  3. Salam, nak tanya dalam masa sehari sempat tak untuk saya belajar cara basic untuk menjahit baju kurung?

    ReplyDelete
  4. w'salam, Insya'allah boleh. Hazleen boleh call/sms saya terus ye 012-6085887 utk penerangan detail.

    ReplyDelete